Episod drama rampasan kuasa di Perak makin menarik. Kini, fasa krisis perebutan kuasa melangkah ke peringkat kehakiman.
Kedua belah pihak mendakwa merekalah pihak berkuasa yang sah di Perak. Baik kerajaan Pakatan rakyat mahupun "kera"jaan Barisan Nasional. Rakyat yang makin pening kepala yeop!
Memetik kenyataan Menteri Besar Pakatan Rakyat, Datuk Seri Ir Nizar Jamaluddin di Malaysiakini semasa beliau menyampaikan ucapan di Felcra Serigala, Slim River kelmarin,dilaporkan berkata;
"Hari ini, kalau kami nak gulingkan kerajaan baru pun sudah boleh...tetapi kita ini ikut undang-undang dan peraturan. Bukan macam mereka merampas dengan cara penuh jijik"
Kenyataan ini jelas menunjukkan beliau cukup yakin bahawa kerajaan haram di bawah kepimpinan MB Haram, Datuk Zamry Abdul Kadir adalah tidak sah dan boleh dicabar.
Maka, Nizar memilih mahkamah untuk menyatakan bantahan beliau. Pada hari ini, perbicaraan kes beliau bermula jam 2.50 tadi dan berakhir jam 5.00 petang. Perbicaraan disambung semula Rabu ini. Kes ini diadili oleh Hakim Mohd.Arif B.Mohd Yusuf di Mahkamah Tinggi, Kuala Lumpur.
Gerakan siyasah Nizar mutakhir ini mengheret UMNO/BN Perak ke lembah kebuntuan. Oleh itu, mengikut laporan awal MStar mendakwa Zambry dan 4 Exco berlepas ke London untuk mendapatkan panduan Peguam Diraja di London berhubung krisis Perlembagaan dan DUN di negerinya.
Apa cerita ni yeop sampai nak ke London. Nak jadi tali barut orang puteh lagi ke? Namun ura-ura ini dinafikan beliau dalam artikel terbaru dalam akhbar online yang sama. Menurut berita berkenaan, Zamry menafikan rombongan itu ke London dengan tujuan untuk mndapatkan khidmat nasihat orang puteh di sana.
Betul ke begitu? Habis tu buat apa ke sana yeop? Bukankah menghabiskan duit rakyat sahaja ke sana jika tanpa tujuan? Kalaulah Dato' Maharaja Lela dan Sepuntum masih hidup, sudah lama si petualang ini dihukum.
Takkanlah semua peguam-peguam hebat UMNO yang bersembur-sembur air liur berhujah di setiap malam menerusi TV mengatakan UMNO betul dan menepati undang-undang tidak layak dan berkemampuan untuk menyokong kes ini di mahkamah? Kira kes ini memang hebat sehingga terpaksa mengadap penjajah untuk memenangkan tindakan zalim mereka.
Cukuplah Zambry. Undang-undang tetap undang-undang. Kebenaran tetap kebenaran. Walaubagaimana sekalipun strategi kamu mendapatkan nasihat penjajah, Allah akan memenangkan kebenaran.
Kebenaran tidak memerlukan penasihat penjajah. Kebenaran memadai dengan doa mereka yang dizalimi untuk mengalahkan kebatilan ciptaan kamu!